Wednesday, January 30, 2008

TUGAS DAN AKHLAK PENUNTUT ILMU


TUGAS DAN AKHLAK PENUNTUT ILMU

Firman Allah yang membawa maksud :

'' Diantara hamba-hamba Allah yang takut kepadanya hanyalah para ulama ''
Al-fathir ayat 28

Berkata masruk : '' cukuplah seseorang yang bergelar ulama itu dengan dia takut kepada allah ''



TUGAS PENUNTUT ILMU

1.MEMPERBETULKAN NIAT

Memperbetulkan niat dengan keihklasan demi untuk mencapai keredaan Allah bukan untuk berbangga apabila digelar ulama atau tujuan mengumpulkan harta , pangkat atau ang seumpamanya . kita boleh lihat sahaja scenario yang berlaku sekarang ini , yang mana golongan ilmuan sendiri khususnya yang mendalami ilmu islam ada yang akhirnya menjadi penentang agama islam na'uzubillahi min zalik .maka membetulkan niat ketika menunutut ilmu sangat penting.

2.BERTERUSAN DALAM MENUNUTUT ILMU

Ilmu adalah lautan yang tidak mempunyai pantai dan tepian . maka usaha menuntut dan menambahkan ilmu hendaklah dilakukan secara berterusan , tidak didalangi oleh peringkat –peringkat ijazah tertentu firman Allah : '' katakanlah (wahai Muhammad ) tambahkankan aku ilmu " Toha ayat 114

Hadis nabi maksudnya '' tuntutlah ilmu dari buaian hingga ke liang lahad "


3.SABAR

Para menuntut llmu hendaklah sentiasa sabar dalam menempuhi rintangan ketika menuntut ilmu samada secara fizikal ataupan spritual.memang banyak rintangan yang kita akan tempuhi di dalam menunutut ilmu .pengorbanan dari sudut masa , kewangan , tenaga dan sebagainya .


4.MEMULIAKAN GURU


Sabda rasulullah yang maksudnya :

'' Bukan dari umatku orang yang tidak memuliakan orang tua dan mengasihi anak-anak muda '' kami dan tidak mempelajari hak seorang alim/guru yang perlu ditunaikan oleh muridnya di dalam artikel ini Cuma dicadangkan agar kita mengambil sedikit dari masa kita untuk melihat kembali perkara ini , semoga segala ilmu yang kita tuntut mendapat keredhaan Allah s.w.t .

AKHLAK PENUNTUT ILMU


1.MERASAKAN TANGGUNGJAWAB ILMU

Diriwayatkan Daripada Muaz bin jabal beliau berkata Rasulullah s.a.w bersabda '' tidak akan mara seseorang hamba di hari akhirat melainkan telah ditanya mengenai empat perkara : berkenaan umurnya kemana yang telah dia habis kan .berkenaan dengan waktu mudanya apa yang telah dia lakukan . berkenaan dengan hartanya dari mana diperolehinya dan kemana dia belanjakan . dan berkenaan dengan ilmu apa yang telah diperbuat dengannya ''

2.MENJAGA AMANAH ILMU

Sabda rasulullah s.a.w :

'' berilah nasihat pada ilmu , sesungguhnya khianat seseorang daripada kamu terhadap ilmu adalah lebih dasyat daripada khianat terhadap hartanya . dan sesungguhnya Allah akan bertanya kepada kamu pada hari kiamat '' riwayat attabrani

Menyampaikan ilmu yang diketahui dan tidak malu untuk mengatakan '' tidak tahu '' jika tidak mengetahuinya .

ILMU itu ada tiga :

1-Al-quran.

2-Hadis.

3-Tak tahu. ( kita mengatakan yang kita tidak tahu juga satu ilmu ) apabila kita benar-benar tidak mengetahui.


3.TAWADDUK

Para Ilmuwan yang menyedari ilmu adalah lautan yang tidak bertepi tidak akan merasa sombong dan bangga dengan apa yang ada pada mereka. Bahkan selagi bertambah ilmu di dada, semakin bertambah sifat tawadhu'.


Firman Allah S.W.T : " tidak diberi kepada kamu ilmu kecuali sedikit sahaja."

Surah Al-Isra'


4.MULIA DIRI

Para ilmuwan hendaklah merasa mulia diri dan tidak merendahkan diri apabila berhadapan dengan pemeritah, golongan bangsawan, golongan kaya raya dan yang seumpamanya.

Firman Allah S.W.T : " Kekuatan itu hanyalah kepada Allah, bagi RasulNya dan bagi orang mukmin, tetapi orang munafik itu tidak mengetahui." Surah Al- Munafiqun ayat 8

"Barangsiapa yang menghendaki kemuliaan, maka bagi Allahlah kemuliaan itu semuanya."

Surah Fathir ayat 10.

5.BERAMAL DENGAN APA YANG DIPELAJARI

Firman Allah S.W.T;"Mengapa kamu menyuruh orang lain(mengerjakan) kebajikan, sedangkan kamu sendiri melupakan diri (kewajipan)mu sendiri padahal kamu membaca Al-Kitab (Taurat) ?Maka tidakkah kamu berfikir?"

Surah Al-Baqarah : 144

6.SENTIASA BERUSAHA UNTUK MENYAMPAIKAN ILMU

Firman Allah S.W.T :"Dan (ingatlah) ketika Allah mengambil janji dari orang-orang yang telah diberi kitab (iaitu):'Hendaklah kamu menerangkan isi kitab itu kepada manusia, dan janganlah kamu menyembunyikannya", lalu mereka melemparkan janji itu ke belakang punggung mereka dan mereka menukarkannya dengan harga yang sedikit. Amatlah buruk tukaran mereka terima"

Surah Ali-Imran : 187


No comments: