Saturday, July 19, 2008
Pindah ke laman baru
Kepada para pengunjung yang budiman...
Kami telah berpindah ke teratak baru yang beralamat di http://az-zahabi.blogspot.com
Jumpa kami di sana...
Monday, February 11, 2008
Hayatilah perjuangan sahabat Nabi
Khalid Al-Walid merupakan salah seorang pahlawan agung dan komando Islam yang amat ditakuti musuh. Mempunyai bentuk tubuh yang tegap, tinggi, berdada bidang dan sepasang mata helang yang tajam yang mampu menggerunkan lawan dan sangat bijak dalam mengatur strategi perang menjadikan keperibadiannya sangat unggul dan dihormati kawan maupun lawan. Beliau dianugerahkan fizikal dan kebijaksanaan yang amat hebat. Beliau adalah penjelmaan kemulian dan kekuatan dan tiada gantinya. Di samping itu beliau merupakan penunggang kuda yang amat hebat dan juga seorang ahli pedang yang berpengalaman dan sangat mahir dengan lembing dan apa jenis senjata sekali pun. Beliau seorang yang berpandangan jauh dalam merancang strategi terutamanya di
Apabila pihak kuffar mendengar nama lelaki yang tidak pernah ada perasaan takut itu ,mereka akan gementar kerana takut yang amat sangat .Serangan demi serangan dan kemenangan demi kemenangan yang Allah anugerahkan ketika beliau memimpin barisan tentera menjadikan dunia terpegun.Rasulullah s.a.w sendiri telah menggelar beliau saifullah .Beliau diakui dalam sejarah ketenteraan dunia sebagai jeneral terulung sepanjang zaman. Beliau sering memperoleh kemenangan dan kejayaan malahan musuh ketatnya juga mengakui kepakaran beliau dalam bidang ketenteraan. Sejak kecil lagi Khalid Al – Walid telah menunjukkan kecergasan, ketangkasan dan keberanian yang setanding dengan orang dewasa. Beliau menjadi ikon kepada remaja seusia dengannya. Tambahan pula beliau anak kepada pemimpin Bani Makhzum, Walid bin Mughairah. Bakat beliau telah mula mengembang mekar sejak remaja lagi dan dicemburui oleh pemuda Bani Makhzum yang lain.
Sebelum Khalid Al-Walid memeluk Islam, beliau menggunakan setiap peluang yang ada ketika pertarungan untuk mengalahkan Rasulullah s.a.w. Walaubagaimanapun setiap kali peluang datang, beliau seolah – olah didatangi sesuatu perasaan yang tidak dapat diungkapkan. Dalam satu peperangan, Rasulullah sedang mengimami solat zohor bersama tentera di belakang baginda. Khalid Al-Walid
Ketika berlakunya perjanjian Hudaibiyah, Khalid Al- Walid terfikir – fikir apa yang patut beliau lakukan. Adakah beliau patut berpindah ke
Pesanan itu menjadikan pemikiran dan perasaan Khalid tidak keruan dan hanya memfokuskan kepada deen yang satu ini. Beliau sangat gembira dan berbesar hati apabila Rasulullah s.a.w bertanyakan tentang hal beliau. Khalid berasa amat bertuah dan sangat yakin dengan masa depannya yang cerah bersama Islam tercinta. Ketika itu, beliau bermimpi bergerak dari kawasan yang sempit, gelap, kotor dan tiada udara ke kawasan tanah lapang yang subur. Apabila beliau terjaga, Khalid akan merasa sangat tenang dan membuat keputusan untuk ke Madinah. Khalid berhasrat untuk mencari teman menemani perjalanan ke Madinah.
Panglima Khalid Al-Walid r.a menghembuskan nafasnya yang terakhir di Hamas pada 21 hijrah semasa pemerintahan Amirul Mukminin Umar Al-Khattab r.a
Rujukan :
Commanders of The Muslim Army (Among the Companions of The Prophet s.a.w) Mahmood Ahmad Ghadanfar.ter:Jamila Muhammad Qawi Darussalam.Januari 2001
Wednesday, January 30, 2008
TUGAS DAN AKHLAK PENUNTUT ILMU

TUGAS DAN AKHLAK PENUNTUT ILMU
Firman Allah yang membawa maksud :
'' Diantara hamba-hamba Allah yang takut kepadanya hanyalah para ulama ''
Al-fathir ayat 28
Berkata masruk : '' cukuplah seseorang yang bergelar ulama itu dengan dia takut kepada allah ''
TUGAS PENUNTUT ILMU
1.MEMPERBETULKAN NIAT
Hadis nabi maksudnya '' tuntutlah ilmu dari buaian hingga ke liang lahad "
3.SABAR
4.MEMULIAKAN GURU
Sabda rasulullah yang maksudnya :
1.MERASAKAN TANGGUNGJAWAB ILMU
'' berilah nasihat pada ilmu , sesungguhnya khianat seseorang daripada kamu terhadap ilmu adalah lebih dasyat daripada khianat terhadap hartanya . dan sesungguhnya Allah akan bertanya kepada kamu pada hari kiamat '' riwayat attabrani
Menyampaikan ilmu yang diketahui dan tidak malu untuk mengatakan '' tidak tahu '' jika tidak mengetahuinya .
1-Al-quran.
2-Hadis.
3-Tak tahu. ( kita mengatakan yang kita tidak tahu juga satu ilmu ) apabila kita benar-benar tidak mengetahui.
Firman Allah S.W.T : " tidak diberi kepada kamu ilmu kecuali sedikit sahaja."
Surah Al-Isra'
Firman Allah S.W.T : " Kekuatan itu hanyalah kepada Allah, bagi RasulNya dan bagi orang mukmin, tetapi orang munafik itu tidak mengetahui." Surah Al- Munafiqun ayat 8
"Barangsiapa yang menghendaki kemuliaan, maka bagi Allahlah kemuliaan itu semuanya."
Surah Fathir ayat 10.
5.BERAMAL DENGAN APA YANG DIPELAJARI
Surah Al-Baqarah : 144
Friday, January 25, 2008
INILAH YANG DINAMAKAN BERJUANG

'' Hai orang-orang yang beriman ,jadilah sabar dan solat sebagai penolongmu sesungguhnya Allah berserta orang-orang yang sabar.dan janganlah kamu mengatakan terhadap orang-orang yang gugur di jalan Allah (bahawa mereka itu) mati bahkan (sebenarnya) mereka itu hidup tetapi kamu tidak menyedarinya .dan sungguh akan kami berikan cubaan kepadamu , dengan sedikit ketakutan , kelaparan , kekurangan harta , jiwa dan buah-buahan .dan berikan beritakanlah berita gembira kepada orang-orang sabar ''. ( al-baqarah ayat 153-155 )
Gambar ini ana ambil dari blog us nasaruddin tantawi , beliau sekarang menjawat jawatan sebagai ketua pemuda PAS negeri pahang merangkap timbalan ketua pemuda PAS pusat dan jika anda ingin mendapat maklumat @ pendedahan berkaitan perjalanan dakwah us nasaruddin tantawi sila layari http://ustaznasrudin-tantawi.blogspot.com/ .Sama-samalah kita memberi sokongan dan dokongan kepada perjuangan islam di mana jua kita berada .
PENDIDIKAN ANAK-ANAK DALAM ISLAM
PENDIDIKAN ANAK-ANAK DALAM ISLAM
Assalamualaikum
Firman ALLAH :
( surah an-nahl ayat 72 )
'' sesiapa yang tidak suka pada sunnahku dia bukan dari golonganku "
( riwayat bukhari dan muslim )
Dewasa ini, kita melihat institusi kekeluargaan telah rosak dengan perkara maksiat seperti kes sumbang mahram, zina, liwat dan sebagainya. Ini kerana kurangnya pemahaman yang mendalam tentang ilmu agama . Agama Islam adalah satu-satunya dustur yang boleh membentuk satu keluarga hormoni dan sentiasa mendapat rahmat Allah Taala . Jesteru, satu kitab yang berjudul tarbiatul aulad karangan Dr Abdullah nasih ulwan telah menyusun bagaimana untuk kita membentuk institusi kekeluargaan agar keluarga yang dibina adalah sebuah keluarga yang berasaskan usrah rabbaniah yang boleh melahirkan generasi yang beriman dan bertaqwa .
BAHAGIAN PERTAMA
BAB SATU
RUMAHTANGGA UNGGUL DAN HUBUNGANNYA DENGAN PENDIDIKAN
Adalah lebih baik untuk kita mengetahui tiga faktor perkahwinan sebelum diperjelaskan kepada kita apa yang digariskan oleh Islam dalam mendidik anak-anak iaitu :
· Perkahwinan merupakan naluri semulajadi manusia
· Perkahwinan merupakan perkara yang penting dalam sistem sosial masyarakat
· Perkahwinan merupakan satu pemilihan
PERKAHWINAN MERUPAKAN NALURI SEMULAJADI MANUSIA
Islam melarang cara hidup rahib yang bertentangan dengan naluri semulajadi manusia dan menyangkal kecenderungan, kehendak serta dorongan mereka ke arah itu. Islam juga menentang individu muslim yang menyekat dan menolak dirinya daripada berkahwin dan memilih cara hidup seperti rahib yang hanya menumpukan dirinya untuk beribadat semata-mata.
SABDA RASULULLAH :
'' Telah datang tiga orang lelaki ke rumah Rasulullah S.A.W dan menanyakan mengenai ibadat baginda, ketika mana dikhabarkan seolah-olah mereka merendahkan ibadat baginda S.A.W mereka bertanya : Dimanakah martabat kami ,baginda telah diampunkan dosa sebelum dan selepasnya. Dan berkata salah seorang dari mereka : Adapun aku sembahyang malam berterusan , dan berkata yang lain nya : Aku berpuasa sepanjang hari tanpa berbuka,dan berkata seorang lagi :Aku menjauhi perempuan-perempuan dan aku tidak akan mengahwini mereka sama sekali . Maka telah datang Rasulullah S.A.W lalu bersabda : Adakah kamu yang berkata demikian tadi ?Demi Allah adapun aku lebih takut kepada Allah daripada kamu, dan aku lebih bertakwa kepada Allah daripada kamu, sedangkan aku berpuasa dan berbuka , aku solat dan aku tidur , aku mengahwini wanita , dan barangsiapa yang tidak suka akan sunnahku maka ia bukan dari golonganku ''
PERKAHWINAN MERUPAKAN PERKARA YANG PENTING DALAM SISTEM SOSIAL MASYARAKAT
Allah berfirman dalam surah annahl ayat 72 yang bermaksud:
'' Allah menjadikan kamu isteri – isteri dari jenis kamu sendiri dan menjadikan bagimu dari isteri – isteri kamu itu, anak – anak dan cucu – cucu……."
Dan juga dalam surah nisa' ayat pertama :
'' Wahai sekalian manusia, bertaqwalah kepada Tuhanmu yang telah menciptakan kamu dari seorang diri dan daripadanya Allah menciptakan isterinya; dan daripada kedua-duanya Allah memperkembang biakkan lelaki dan perempuan yang banyak…….''
3. Menyelamatkan masyarakat daripada gejala sosial
4. Menyelamatkan masyarakat daripada gejala penyakit
( An-nahl ; 21 )
6.Membina kerjasama antara suami isteri untuk membesarkan anak - anak
Kerjasama antara suami isteri untuk membina sebuah keluarga dan bersama menunaikan tanggungjawab menjadikan mereka saling lengkap melengkapi antara satu sama lain.Isteri akan melaksanakan peranannya yang bersesuaian dengan sifat kewanitaannya seperti menguruskan rumahtangga dan menjaga anak-anak. Manakala suami sebagai ketua keluarga akan melaksanakan peranannya seperti bekerja membanting tulang untuk menjaga keluarga keseluruhannya.
Ini dapat melahirkan generasi yang cemerlang dan memperoleh anak yang soleh. Akhirnya rumahtangga akan dipenuhi dengan kasih dan sayang.
To be continued…
Wednesday, January 9, 2008
Thursday, January 3, 2008
Risalah dakwah
Masyarakat di setiap darsawarsa adalah reflaksi kepada keperibadian kumpulan yang memimpin manusia dalam period tersebut, melebihi reflaksi undang-undang yang digubal untuk menyusun kehidupan dalam aspek-aspek politik, ekonomi dan kemasyarakatan.
Fenomena ini disebabkan oleh dua perkara:
1. Kefahaman, akhlak, dan tabiat memberi kesan-kesan spritual yang lebih mendalam daripada arahan yang dipaksa agar dilaksananakan melalui kekuatan seperti penguatkuasaan undang-undang. Ia juga menanamkan pengertian tauladan yang tidak boleh digarap oleh kekuasaan.
2. Falsafah, kesusasteraan, dailog dan hujah fuqaha’ mengetuk pasak akal, perasaan dan
roh, lalu meninggalkannya dalam pendirian menerima atau menolak. Ketegasan yang
kaku tidak pernah berupaya untuk menakluk hati, dan juga tidak ada tempat untuk rasa
kasih dan cita.Dari sini dapat diketahui bahawa seutuh-utuh undang-undang atau syariat ialah
undang-undang atau syariat yang disokong dibelakangnya oleh kepercayaan pemimpin
yang melaksanakannya. Kerana helah, putar belit atau pencabulan adalah pendekatan
yang digunakan oleh pemimpin ketika mana ia tidak mendapat sokongan. Oleh kerana itu tidak berlaku, Islam tanpa muslimin atau iman tanpa mukminin. Kehidupan Islam tidak akan terbina oleh nas syarak semata-mata, tetapi tiang-tiang Islam ditegakkan oleh kepimpinan daripada kalangan orang-orang yang beriman yang mempunyai kesan yang sepadu, dari kalangan tokoh pengurusan, politikus, ekonomis, industri, fuqaha’, hakim-hakim, sasterawan dan intelektual. Yang mengetuai mereka ialah seorang lelaki yang mengumpul semua kelebihan dan memiliki kepekaan yang syumul. Tidak ada peluang bagi undang-undang Islam untuk melakukan perubahan, tanpa ada memiliki hati yang tersengat dan menganggap perlaksanaan undang-undang Islam satu ibadat.
Kefahaman ini bukanlah suatu yang baru. Tetapi ia adalah konsep lama yang telah
diperjelaskan oleh para fuqaha’ salaf. Kerana mereka memahami bahawa para wali Allah
yang menolong dan membantu agama-Nya terdapat di kalangan seluruh golongan umat
Muhammad (s.a.w.), selagi mereka tidak tergolong daripada kalangan orang yang
melakukan bid’ah dan kefasikan yang nyata. Jadi mereka terdapat di kalangan ahli al-
Quran dan ahli ilmu. Mereka terdapat di kalangan ahli jihad dan peperangan. Mereka
juga terdapat dari kalangan para peniaga, ahli pertukangan dan peladang. Imam Ahmad Merasa PelikKetika Imam Ahmad bin Hanbal melihat dengan pandangan hatinya, beliau melihat berlaku penyisihan kepada orang yang thiqah (adil) sedangkan golongan yang tidak disenangi, ditabalkan. Memberi kedudukan kepada ahli bid’ah dan penyerahan tugas kepada orang yang tidak layak, beliau berkata: “Pada hari ini, jika kamu melihat sesuatu yang lurus betul, maka kamu hendaklah merasa hairan dan takjub kepadanya.” Kehairanan ini ada rasional kebenarannya . Apabila hawa nafsu telah mengatasi iman dalam recommendation yang dilakukan terhadap seseorang untuk satu satu jawatan sehingga seseorang dipuji; “alangkah berakalnya dia” , “alangkah pintarnya dia” dan “alangkah penyabarnya dia” , sedangkan di dalam hatinya tiada keimanan sekali pun sebesar biji sawi. Sehingga terjadi orang-orang zalim dilantik memegang kementerian dan berada di pusat kuasa, serta orang-orang jahil memimpin dan mengetuai majlis-majlis ilmu. Sehingga para ahli sejarah bersepakat bahawa punca segala fenomena kelemahan umat Islam adalah pada kecacatan sifat para perlaksana. Iktibar Daripada Tragedi keruntuhan Daulah Abbasiyyah tidak berlaku melainkan sebagai natijah semulajadi daripada keadaan penyelewengan yang telah mencapai kemuncaknya. Tiada siapa yang dapat memberikan peringatan dan amaran sebagaimana peringatan dan amaran yang telah diberikan oleh tragedi tersebut. Walaupun demikian, tragedi tersebut tetap menutup pintu hati orang-orang yang terselamat daripada keganasan Tatar untuk mengambil iktibar, seperti muslimin di Syam dan di Mesir. Oleh sebab itulah Syam dan Mesir menyaksikan berbagai-bagai jenis kelemahan dan kekurangan yang amat memeritkan.
Ibnu al-Qayyim telah mengucapkan satu ungkapan yang bersejarah. Ia
menggambarkan keadaan yang berlaku pada masa itu. Beliau menyimpulkan bahawa
punca kebatilan yang dilakukan golongan batil adalah kerana tipu daya syaitan yang
merupakan musuh manusia dan selaras dengan analisis Islam terhadap pertarungan yang
berlaku di antara kebaikan dan keburukan, serta bersesuaian dengan akidah Islam.
Pertembungan Islam Dan Jahiliah
Beliau menyebut bagaimana syaitan menemui satu kumpulan pengikutnya. “Lalu syaitan itu membentuk daripada mereka satu kumpulan (hizb) yang menyokongnya dan berwala’kan kepadanya dengan membelakangi Tuhan mereka yang sebenar (Allah). Mereka telah menjadi musuh kepada Tuhan mereka yang sebenar bersama dengan syaitan yang memangpun sudah menjadi musuh kepada Tuhannya. Mereka menyeru kepada kemurkaan-Nya. Mencacat cederakan rububiyyah, uluhiyyah dan keesaan-Nya. Mereka mencela dan mendustakan-Nya. Mereka memfitnah dan menyusahkan para wali- Nya dengan berbagai-bagai jenis kesusahan. Mereka berusaha untuk menghapuskan para wali-Nya daripada kewujudan ini. Mereka juga berusaha keras untuk mendirikan satu negara buat mereka.” Apa yang menarik di dalam petikan di atas ialah beberapa perkataan dan istilah yang digunakan oleh Ibn al-Qayyim, seolah-olah beliau menyifatkan tabiat pertarungan yang sedang berlaku di antara gerakan-gerakan Islam dengan kem jahiliyyah. Beliau menyebut perkataan kumpulan (hizb), fitnah, kesusahan, penghapusan dan penegakan negara batil. Perkataan-perkataan ini menawan keprihatinan anda, agar anda memberikan perhatian atau tertarik kepada persamaan bentuk peperangan dan pertarungan yang sedang anda hadapi, sebagaimana yang telah dihadapi oleh generasi Ibn al-Qayyim dan sebagaimana yang telah dialami oleh kumpulan yang bersama dengan Imam Ahmad ibnu Hanbal (r.a.)
Pertarungan yang kita lihat, bukanlah suatu yang baru , Ia adalah pelampauan, tetapi dengan nama-nama yang baru. Pertarungan di antara beberapa kumpulan yang saling bercakaran,
Tetapi apabila untuk menentang agama, mereka bersatu. Pertarungan yang berlaku hari ini adalah pertarungan politik kepartian yang tersusun bagi mendirikan negara jahiliyyah. Mereka sebenarnya telah mendirikannya. Pertarungan mereka berterusan untuk mengekalkan kewujudan negara tersebut, untuk mengukuhkannya dan mendidik generasi baru di atas kekufuran. Hakikatnya ia bukanlah kerosakan akhlak, kejahatan dan kegilaan yang hanya boleh ditangani dengan nasihat (ceramah) para pendakwah sahaja. Dalam keadaan ini, golongan yang mempunyai ghirah (semangat) Islam dan akidah keimanan di setiap tempat hendaklah saling tolong menolong, menyusun tenaga dan strategi, menyempurnakan kekurangan tarbawi dan memperbanyakkan bilangan, di dalam proses melakukan ‘penyelamatan’ melalui praktis jihad politik yang tersusun untuk menegakkan negara Islam yang dipimpin oleh para du’at yang haraki. Membutakan Mata Setiap muslim dituntut untuk memberikan sedikit impak dan turut serta membawa kebaikan di dalam proses ‘penyelamatan’ ini berdasarkan kemampuannya. Tiada makna kehidupan seseorang yang berpendirian negatif. Dia hanya mendapat kenikmatan di dunia ini, dengan makan, minum dan wanita, sedang dia tidak berusaha untuk memperlihatkan pendiriannya terhadap ahli fikir di sekitarnya. Para politikus di kiri kanannya juga sedang bertarung; ada yang baik dan ada yang jahat, sedang dia hanya menjadi penonton sahaja.
Sikap negatif, suka mengasingkan diri dan hanya menjadi penonton ini, adalah ungkapan singkat berupa sindiran yang tidak disukai oleh Abdul Rahim bin al-Ikhwah al-Shaibani, seorang penyair dan ahli tafsir. Beliau menganggapnya sebagai kematian. Di sisinya, seseorang manusia dan pedang, jika tidak memberikan sebarang kesan atau impak, walaupun hidup ia adalah mati, walaupun ia dihunuskan, ia adalah bersarung. Al-Rafie pergi lebih jauh. Beliau melihat tiada sebarang alasan bagi kewujudan seseorang yang berpendirian negatif. Beliau memberi amaran kepada anda tentang keperluan bersikap jelas dan terang. Kerana jika anda tidak menambah sesuatu (kesan atau impak) kepada dunia ini, maka anda adalah barang lebihan kepada dunia ini. Inilah keadaan orang yang disengat hatinya ketika melihat kesejukan ummatIslam.Sengatan itu melupakannya daripada mengingati lafaz-lafaz yang lembut. Hilang dari ingatannya bahawa anda tidak mampu mendengar ungkapan yang berterus terang, lalu dia berkeras terhadap anda sedangkan anda tidak berdaya menanggungnya!
Wednesday, January 2, 2008
kata-kata hikmah..
