Saturday, July 19, 2008
Pindah ke laman baru
Kepada para pengunjung yang budiman...
Kami telah berpindah ke teratak baru yang beralamat di http://az-zahabi.blogspot.com
Jumpa kami di sana...
Monday, February 11, 2008
Hayatilah perjuangan sahabat Nabi
Khalid Al-Walid merupakan salah seorang pahlawan agung dan komando Islam yang amat ditakuti musuh. Mempunyai bentuk tubuh yang tegap, tinggi, berdada bidang dan sepasang mata helang yang tajam yang mampu menggerunkan lawan dan sangat bijak dalam mengatur strategi perang menjadikan keperibadiannya sangat unggul dan dihormati kawan maupun lawan. Beliau dianugerahkan fizikal dan kebijaksanaan yang amat hebat. Beliau adalah penjelmaan kemulian dan kekuatan dan tiada gantinya. Di samping itu beliau merupakan penunggang kuda yang amat hebat dan juga seorang ahli pedang yang berpengalaman dan sangat mahir dengan lembing dan apa jenis senjata sekali pun. Beliau seorang yang berpandangan jauh dalam merancang strategi terutamanya di
Apabila pihak kuffar mendengar nama lelaki yang tidak pernah ada perasaan takut itu ,mereka akan gementar kerana takut yang amat sangat .Serangan demi serangan dan kemenangan demi kemenangan yang Allah anugerahkan ketika beliau memimpin barisan tentera menjadikan dunia terpegun.Rasulullah s.a.w sendiri telah menggelar beliau saifullah .Beliau diakui dalam sejarah ketenteraan dunia sebagai jeneral terulung sepanjang zaman. Beliau sering memperoleh kemenangan dan kejayaan malahan musuh ketatnya juga mengakui kepakaran beliau dalam bidang ketenteraan. Sejak kecil lagi Khalid Al – Walid telah menunjukkan kecergasan, ketangkasan dan keberanian yang setanding dengan orang dewasa. Beliau menjadi ikon kepada remaja seusia dengannya. Tambahan pula beliau anak kepada pemimpin Bani Makhzum, Walid bin Mughairah. Bakat beliau telah mula mengembang mekar sejak remaja lagi dan dicemburui oleh pemuda Bani Makhzum yang lain.
Sebelum Khalid Al-Walid memeluk Islam, beliau menggunakan setiap peluang yang ada ketika pertarungan untuk mengalahkan Rasulullah s.a.w. Walaubagaimanapun setiap kali peluang datang, beliau seolah – olah didatangi sesuatu perasaan yang tidak dapat diungkapkan. Dalam satu peperangan, Rasulullah sedang mengimami solat zohor bersama tentera di belakang baginda. Khalid Al-Walid
Ketika berlakunya perjanjian Hudaibiyah, Khalid Al- Walid terfikir – fikir apa yang patut beliau lakukan. Adakah beliau patut berpindah ke
Pesanan itu menjadikan pemikiran dan perasaan Khalid tidak keruan dan hanya memfokuskan kepada deen yang satu ini. Beliau sangat gembira dan berbesar hati apabila Rasulullah s.a.w bertanyakan tentang hal beliau. Khalid berasa amat bertuah dan sangat yakin dengan masa depannya yang cerah bersama Islam tercinta. Ketika itu, beliau bermimpi bergerak dari kawasan yang sempit, gelap, kotor dan tiada udara ke kawasan tanah lapang yang subur. Apabila beliau terjaga, Khalid akan merasa sangat tenang dan membuat keputusan untuk ke Madinah. Khalid berhasrat untuk mencari teman menemani perjalanan ke Madinah.
Panglima Khalid Al-Walid r.a menghembuskan nafasnya yang terakhir di Hamas pada 21 hijrah semasa pemerintahan Amirul Mukminin Umar Al-Khattab r.a
Rujukan :
Commanders of The Muslim Army (Among the Companions of The Prophet s.a.w) Mahmood Ahmad Ghadanfar.ter:Jamila Muhammad Qawi Darussalam.Januari 2001
Wednesday, January 30, 2008
TUGAS DAN AKHLAK PENUNTUT ILMU
TUGAS DAN AKHLAK PENUNTUT ILMU
Firman Allah yang membawa maksud :
'' Diantara hamba-hamba Allah yang takut kepadanya hanyalah para ulama ''
Al-fathir ayat 28
Berkata masruk : '' cukuplah seseorang yang bergelar ulama itu dengan dia takut kepada allah ''
TUGAS PENUNTUT ILMU
1.MEMPERBETULKAN NIAT
Hadis nabi maksudnya '' tuntutlah ilmu dari buaian hingga ke liang lahad "
3.SABAR
4.MEMULIAKAN GURU
Sabda rasulullah yang maksudnya :
1.MERASAKAN TANGGUNGJAWAB ILMU
'' berilah nasihat pada ilmu , sesungguhnya khianat seseorang daripada kamu terhadap ilmu adalah lebih dasyat daripada khianat terhadap hartanya . dan sesungguhnya Allah akan bertanya kepada kamu pada hari kiamat '' riwayat attabrani
Menyampaikan ilmu yang diketahui dan tidak malu untuk mengatakan '' tidak tahu '' jika tidak mengetahuinya .
1-Al-quran.
2-Hadis.
3-Tak tahu. ( kita mengatakan yang kita tidak tahu juga satu ilmu ) apabila kita benar-benar tidak mengetahui.
Firman Allah S.W.T : " tidak diberi kepada kamu ilmu kecuali sedikit sahaja."
Surah Al-Isra'
Firman Allah S.W.T : " Kekuatan itu hanyalah kepada Allah, bagi RasulNya dan bagi orang mukmin, tetapi orang munafik itu tidak mengetahui." Surah Al- Munafiqun ayat 8
"Barangsiapa yang menghendaki kemuliaan, maka bagi Allahlah kemuliaan itu semuanya."
Surah Fathir ayat 10.
5.BERAMAL DENGAN APA YANG DIPELAJARI
Surah Al-Baqarah : 144
Friday, January 25, 2008
INILAH YANG DINAMAKAN BERJUANG
'' Hai orang-orang yang beriman ,jadilah sabar dan solat sebagai penolongmu sesungguhnya Allah berserta orang-orang yang sabar.dan janganlah kamu mengatakan terhadap orang-orang yang gugur di jalan Allah (bahawa mereka itu) mati bahkan (sebenarnya) mereka itu hidup tetapi kamu tidak menyedarinya .dan sungguh akan kami berikan cubaan kepadamu , dengan sedikit ketakutan , kelaparan , kekurangan harta , jiwa dan buah-buahan .dan berikan beritakanlah berita gembira kepada orang-orang sabar ''. ( al-baqarah ayat 153-155 )
Gambar ini ana ambil dari blog us nasaruddin tantawi , beliau sekarang menjawat jawatan sebagai ketua pemuda PAS negeri pahang merangkap timbalan ketua pemuda PAS pusat dan jika anda ingin mendapat maklumat @ pendedahan berkaitan perjalanan dakwah us nasaruddin tantawi sila layari http://ustaznasrudin-tantawi.blogspot.com/ .Sama-samalah kita memberi sokongan dan dokongan kepada perjuangan islam di mana jua kita berada .
PENDIDIKAN ANAK-ANAK DALAM ISLAM
PENDIDIKAN ANAK-ANAK DALAM ISLAM
Assalamualaikum
Firman ALLAH :
( surah an-nahl ayat 72 )
'' sesiapa yang tidak suka pada sunnahku dia bukan dari golonganku "
( riwayat bukhari dan muslim )
Dewasa ini, kita melihat institusi kekeluargaan telah rosak dengan perkara maksiat seperti kes sumbang mahram, zina, liwat dan sebagainya. Ini kerana kurangnya pemahaman yang mendalam tentang ilmu agama . Agama Islam adalah satu-satunya dustur yang boleh membentuk satu keluarga hormoni dan sentiasa mendapat rahmat Allah Taala . Jesteru, satu kitab yang berjudul tarbiatul aulad karangan Dr Abdullah nasih ulwan telah menyusun bagaimana untuk kita membentuk institusi kekeluargaan agar keluarga yang dibina adalah sebuah keluarga yang berasaskan usrah rabbaniah yang boleh melahirkan generasi yang beriman dan bertaqwa .
BAHAGIAN PERTAMA
BAB SATU
RUMAHTANGGA UNGGUL DAN HUBUNGANNYA DENGAN PENDIDIKAN
Adalah lebih baik untuk kita mengetahui tiga faktor perkahwinan sebelum diperjelaskan kepada kita apa yang digariskan oleh Islam dalam mendidik anak-anak iaitu :
· Perkahwinan merupakan naluri semulajadi manusia
· Perkahwinan merupakan perkara yang penting dalam sistem sosial masyarakat
· Perkahwinan merupakan satu pemilihan
PERKAHWINAN MERUPAKAN NALURI SEMULAJADI MANUSIA
Islam melarang cara hidup rahib yang bertentangan dengan naluri semulajadi manusia dan menyangkal kecenderungan, kehendak serta dorongan mereka ke arah itu. Islam juga menentang individu muslim yang menyekat dan menolak dirinya daripada berkahwin dan memilih cara hidup seperti rahib yang hanya menumpukan dirinya untuk beribadat semata-mata.
SABDA RASULULLAH :
'' Telah datang tiga orang lelaki ke rumah Rasulullah S.A.W dan menanyakan mengenai ibadat baginda, ketika mana dikhabarkan seolah-olah mereka merendahkan ibadat baginda S.A.W mereka bertanya : Dimanakah martabat kami ,baginda telah diampunkan dosa sebelum dan selepasnya. Dan berkata salah seorang dari mereka : Adapun aku sembahyang malam berterusan , dan berkata yang lain nya : Aku berpuasa sepanjang hari tanpa berbuka,dan berkata seorang lagi :Aku menjauhi perempuan-perempuan dan aku tidak akan mengahwini mereka sama sekali . Maka telah datang Rasulullah S.A.W lalu bersabda : Adakah kamu yang berkata demikian tadi ?Demi Allah adapun aku lebih takut kepada Allah daripada kamu, dan aku lebih bertakwa kepada Allah daripada kamu, sedangkan aku berpuasa dan berbuka , aku solat dan aku tidur , aku mengahwini wanita , dan barangsiapa yang tidak suka akan sunnahku maka ia bukan dari golonganku ''
PERKAHWINAN MERUPAKAN PERKARA YANG PENTING DALAM SISTEM SOSIAL MASYARAKAT
Allah berfirman dalam surah annahl ayat 72 yang bermaksud:
'' Allah menjadikan kamu isteri – isteri dari jenis kamu sendiri dan menjadikan bagimu dari isteri – isteri kamu itu, anak – anak dan cucu – cucu……."
Dan juga dalam surah nisa' ayat pertama :
'' Wahai sekalian manusia, bertaqwalah kepada Tuhanmu yang telah menciptakan kamu dari seorang diri dan daripadanya Allah menciptakan isterinya; dan daripada kedua-duanya Allah memperkembang biakkan lelaki dan perempuan yang banyak…….''
3. Menyelamatkan masyarakat daripada gejala sosial
4. Menyelamatkan masyarakat daripada gejala penyakit
( An-nahl ; 21 )
6.Membina kerjasama antara suami isteri untuk membesarkan anak - anak
Kerjasama antara suami isteri untuk membina sebuah keluarga dan bersama menunaikan tanggungjawab menjadikan mereka saling lengkap melengkapi antara satu sama lain.Isteri akan melaksanakan peranannya yang bersesuaian dengan sifat kewanitaannya seperti menguruskan rumahtangga dan menjaga anak-anak. Manakala suami sebagai ketua keluarga akan melaksanakan peranannya seperti bekerja membanting tulang untuk menjaga keluarga keseluruhannya.
Ini dapat melahirkan generasi yang cemerlang dan memperoleh anak yang soleh. Akhirnya rumahtangga akan dipenuhi dengan kasih dan sayang.
To be continued…